1. Tidak mau menatap mata
Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat
wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong
tidak mampu menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering
mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga
20 kali semenit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar
stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan
mata.
2. Perubahan suara
Ciri-ciri pembohong boleh didengari daripada nada bicaranya, jika sedang
meninggi, artinya sebuah dusta sedang diceritakan. Selain itu lihat
juga suaranya yang tegang dan jeda yang cukup lama.
3. Menggaru-garukan bagian tubuh.
Cara paling mudah mengetahui seseorang berbohong adalah melalui
gerakan tangan. Kebanyakan pembohong tidak banyak menggerakkan tangan.
Biasanya tidak kurang lima kali perbuatan menggaru-garu tubuhnya.
4. Menyentuh hidung
Apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikannya.
5. Mengalihkan Pembicaraan.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk melakukan
pembohongan. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahwa orang tersebut mungkin berdusta.
6. Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti
sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut
berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan
sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas
tindakannya itu.
7. Gerakan Kaki
Ketika pembohong sedang berdiri, kaki mereka mula mengetuk ke tanah.
Semasa pembohong sedang duduk, maka kemungkinan besar dia akan
mengayun-ayunkan kaki mereka.
8. Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila
seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan
tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
9. Menutup mulut
Ada setengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila
berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.
10. Muka kelihatan bingung.
Si pembohong akan memikirkan tentang kesalahannya pada waktu yang sama.
Hal ini akan mengganggu perhatiannya dalam percakapan tersebut.
11. Berpikir lama untuk menjawab pertanyaan secara spontan
Seseorang yang senang berbohong, kerap kali sudah menyediakan pelbagai
versi cerita dalam pikirannya sebelum bertemu dengan orang yang akan
dibohongi agar semuanya berjalan sempurna. Untuk mengetahuinya,coba anda
melontarkan pertanyaan spontan yang tidak dapat dibayangkan. Orang yang
berbohong selalunya akan berpikir lama untuk menjawab pertanyaan
seperti ini.
12. Cerita Panjang Lebar
Orang yang selalu berbohong biasanya cukup pandai mengarang cerita
sehingga kadang-kala langsung tidak masuk akal. Mereka juga kerap
memanjangkan cerita yang ringkas. Mereka yakin bahawa anda akan percaya
dengan cerita panjang yang disampaikannya. Oleh itu waspadalah pada
mereka yang suka melebarkan cerita yang pada dasarnya mudah sekali untuk
disampaikan.
13. Enggan Duduk Berdekatan
Keengganan seseorang duduk berdekatan dengan anda juga boleh menjadi
tanda dirinya sedang berbohong. Akibat rasa bersalah, pembohong sejati
tidak suka berdekatan dengan orang
dibohongi.